Senaman kaki ialah latihan dan aktiviti yang dilakukan oleh pesakit diabetes untuk mencegah luka dan melancarkan serta membantu peredaran darah di kawasan kaki. Selain itu dapat membantu menguatkan otot-otot kaki dan mengatasi sendi dan kaki lemah. Ia juga sebagai langkah-langkah pencegahan awal.
INDIKASI
- dilakukan oleh semua pesakit diabetes type 1 dan 2.
KONTRAINDIKASI
-pesakit yang tidak mampu melakukan senaman
-pesakit berasa sakit semasa melakukan senaman kaki
CARA-CARA SENAMAN KAKI YANG BETUL
1.
Kedudukan pesakit duduk tegak di atas kerusi dengan kaki menyentuh
lantai.
2. Dengan meletakkan tumit di atas lantai, jari kedua-dua belah kaki diluruskan keatas dan kebawah seperti cakar ayam sebanyak 10 kali.
3.
Dengan meletakkan tumit salah satu kaki di lantai , angkat telapak
kaki ke atas. Pada kaki yang lain, jari-jari diletakkan di lantai dengan tumit
kaki diangkatkan ke atas. Cara ini dilakukan bersama-sama kaki kiri dan kanan
secara berganti-ganti sebanyak 10 kali.
4. Tumit kaki diletakkan di atas
lantai. Bahagian hujung kaki di angkat ke atas dan buat gerakan memutar dengan
pergerakkan pada pergelangan kaki sebnayak 10 kali.
5. Jari
kaki diletakkan di atas lantai. Tumit diangkat dan buat gerakan memutar dengan
pergerakan lantai sebnyak 10 kali.
6. Letakkan
sehelai surat khabar di atas lantai. Bentukkan surat khabar itu menjadi sebiji
bola dengan menggunakan kaki. Kemudian, buka bola surat khabar itu dengan
menggunakan kedua-dua belah kaki. Cara ini dilakukan dengan sekali sahaja.
No comments:
Post a Comment