Tuesday 24 April 2012

RESEPI YANG SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Petua pemakanan yang diberikan ini sesuai untuk penyakit kencing manis. Antara petua yang patut diamalkan ialah kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Senang untuk bercakap tetapi sukar untuk dipraktikan.
Kita sebagai ahli keluarga yang sayangkan mereka, seharusnya melakukan perngorbanan yang tinggi seperti memberi sokongan moral dan semangat. Selain itu kita juga ikut berpantang dalam mengambil makanan yang kurang gula dan karbohidrat. Lebih-lebih lagi pesakit yang baru memulakan langkah pengurangan pengambilan makanan bergula dan tinggi karbohidrat.
Disini turut diberikan beberapa resepi yang sesuai untuk pesakit kencing manis mengikut selera orang Malaysia dan yang penting tidak menjejaskan rasa asli masakan tersebut. SELAMAT MENCUBA……


AYAM MASAK MERAH SPESIAL





 Bahan-bahannya:

500 gm ayam dipotong kecil
2 sudu teh kunyit serbuk
1 bawang besar dikupas dan dipotong kasar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai dicincang halus
1 inci lengkuas dicincang halus
2 sudu besar serbuk badam
1 sudu serbuk cili
1 tin kecil susu cair
1 sudu besar tomato puri
1 biji lemon diperah jusnya
3 buah pelaga
2 kayu manis
1 bunga lawang
bunga cengkih
2 sudu besar  minyak masak ( lebih bagus gunakan minyak jagung atau zaitun )
Garam dan lada hitam
Daun ketumbar untuk hiasan

Caranya:
Panaskan dapur oven pada  suhu 230C atau gas mark 8. Perapkan ayam dengan kunyit, garam, lada hitam dan 1 sudu minyak.  Gaulkan supaya  setiap ketulan ayam diselaputi minyak dan bumbu. Aturkan ketulan ayam di atas dulang pembakar dalam satu lapisan (tidak bertindih) dan bakar selama  20-30 minit. Setelah masak, sejukkan dan simpan jus ayam.
Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas bersama satu sudu air sehingga halus. Panaskan lebihan minyak dalam kuali dan masukkan rempah tumis (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih). Masukkan bahan kisar dan kacau. Masukkan serbuk cili dan kacau lagi. Masukkan tomato puri dan susu diikuti dengan ayam yang telah dibakar bersama jusnya. Balikkan ayam supaya  diselaputi sosnya. Masukkan jus lemon. Jangan lupa garam dan lada hitam. Hidangkan bersama nasi atau quinoa dengan dihiasi hirisan daun ketumbar.


NASI TIRUAN 




Nasi tiruan? Tengok gambar nampak macam nasi kan? Bagi mereka mengalami penyakit manis atau sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu.
Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih
Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.  Masukkan kesemua bunga kobis dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.
Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.



     RESEPI COKLAT BALL DENGAN PEANUT BUTTER

Kajian penyelidikan telah mendapati bahawa apabila kita makan coklat bahan kimia tertentu yang terdapat pada coklat akan bertindak balas dalam badan kita dan akan membuatkan kita berasa senang dan gembira.  Atas sebab ini, coklat dianggap sebagai anti-depresan semulajadi sebab ia dapat memperbaiki mood kita.
Koko kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko athersclerosis dan dapat mengurankan serangan penyakit koronari jantung. Antioksidan polifenol yang terdapat di dalam koko boleh membantu menghilangkan penyakit kencing manis. Sesetengah orang percaya bahawa coklat tidak baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan kafein. Hakikatnya adalah bahawa kandungan kafein dalam coklat sangatlah rendah berbanding kopi atau teh.
Apabila kita terbayangkan ‘coklat’, kita akan berasa gembira dan tersenyum dan terbayang akan keenakan coklat…semua orang suka pada coklat.  Ia mempunyai rasa yang sangat sedap dan cair didalam mulut..emm sedapnya tak terkata.




Bahan (A)
1 cawan peanut butter
1/2 cawan icing sugar ( kurangkan manis yer )
½ cawan sirap gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan (B)
1 cawan coklat masakan
1 sudu makan butter

Cara-cara
-          Hancurkan kepingan biskut menjadi 1 cawan penuh
-          Gaul semua bahan A sehingga sebati. Masak di atas api sebentar hingga menjadi kental. Adunan akan kelihatan berminyak sedikit. Minyak dari peanut butter dan buang minyak yang berlebihan.
-          Ambil sedikit adunan dan jadikan seperti bola-bola kecil. Buat sehingga habis dan ketepikan.
-          Sekarang cairkan bahan B iaiutu coklat dengan mentega menggunakan double boiler. Kacau sehingga cair dan ketepikan.
-          Ambil bebola tadi dan celupkan ke dalam coklat cair tadi.
-          Kemudian salutkan dengan kelapa kering
-          Letakkkan bebola coklat yang di celup tadi didalam mini paper cup
-          Sejukkan didalam peti sejuk selama 10-15 minit dan sedia untuk di makan.










No comments:

Post a Comment