Tuesday 17 April 2012

KENCING MANIS MENGANCAM NYAWA PENDUDUK MALAYSIA


Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.
Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorikan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.



APAKAH DIA PENYAKIT DIABETES

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Selepas dihadamkan, makanan bergula dan berkanji bertukar menjadi glukos dan dibawa keseluruh badan oleh darah. Insulin dihasilkan oleh pancreas. Insulin digunakan sebagai sumber tenaga dan diperolehi daripada karbohidrat.
Bagai penghidap penyakit diabetis, pankeras tidak dapat menghasilkan insulin dengan secukupnya atau insulin yang di keluarkan tidak dapat dikesan. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima bekalan glukos dan pesakit akan berasa letih kerana kekurangan tenaga.

Penyakit diabetes dapat dikategorikan dengan 2 jenis :

    Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

 Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

  Kencing manis ketika hamil
Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ianya berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Risiko kencing manis semasa mengandung adalah 2-3% daripada semua kehamilan. Antara tanda-tanda kencing manis ketika mengandung adalah menghadapi masalah kelesuan, merasa teramat dahaga dan kerap buang air kecil.
Semasa wanita hamil, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.

Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.
Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga.

TANDA-TANDA PENYAKIT KENCING MANIS 

Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis
Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis  yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. Dengan erti kata lain, pesakit boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui seseorang itu penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya pesakit  menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran

FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT KENCING MANIS

Insulin Tidak Berkesan Atau Tidak Berfungsi.
Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:

1.       Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2.    Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3.    Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.

4.    Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5.    Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6.    Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.


 RAWATAN PENYAKIT KENCING MANIS

Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1.   Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:
-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
                                                                                 
Makanan Bebas
- Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.


2.    Senaman secara sederhana setiap hari

Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3.    Ubatan dan Insulin

Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.


4.            Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis kerap berlaku kepada pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Amatlah penting bagi penghidap kencing manis untuk menjaga berat badan supaya tidak mendapat penyakit ini.
Senaman secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat membakar gula dalam badan dan saluran darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.


5.   Penjagaan kaki

Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
v Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan 
     kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.
v Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim
     pelembap. 
v Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit. 
v Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan  bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai 
     kasut.
v Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
v Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.












No comments:

Post a Comment